Rabu, 26 Januari 2022

DOA UNTUK MERAWAT TULANG PATAH ATAU RETAK

بسم الله الرحمن الرحيم

a - Surah Yasiin banyak khasiatnya dan di antara bahagian ayat-ayat ini sebagai penawar kepada patah tulang, retak tulang dan lain-lain berkaitan patah. Jika mengalami patah akibat jatuh atau yang aktif bersukan lasak seperti ragbi, bola sepak elok amalkan sebelum masuk padang. Baca selawat 3 kali dan ayat-ayat tersebut dan sapu pada kaki atau seluruh badan supaya elak patah.

b - Bagi yang mengalami retak tulang dan "Ostoeporosis" iaitu tulang rapuh terutama orang-orang tua elok amalkan doa ini dimulakan dengan bacaan shalawat syifa 1 kali diikuti doa ini sebanyak 1 kali dan ditiup pada air dan minum. Lakukan pada waktu pagi sebelum sarapan pagi. إن شاء الل jisim tulang anda akan bertambah kuat. Selalu makanan yang banyak kandungan kalsium. 

Maksudnya: (Surah Yasiin: Ayat 78 dan 79).

78 - Serta dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu) dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu? 

79 - Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya)

Alhamdulillah ♥️

Kredit : Mohd Ibrahim

❤️💚❤️💚❤️

Tidak ada komentar:

Posting Komentar